Sultan Abdul Rahman (Marhum Surai)

Sultan Abdul Rahman merupakan Sultan Terengganu yang kelima. Baginda merupakan saudara seibu sebapa dengan Sultan Ahmad Shah I. Baginda dilantik pada 4 Julai 1830 bersamaan 13 Muharram 1246H.

Baginda memerintah tidak lama, kira-kira lima bulan 26 hari sahaja. Baginda mangkat pada 17 Rejab 1246H (1 Januari 1831M) dengan gelaran Marhum Surai. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Syeikh Ibrahim.


PUTERA PUTERI

  1. Yamtuan Muda Tengku Abdullah
  2. Tengku Lijah
  3. Tengku Salmah

 


Rujukan:

  1. Sejarah Darul Iman, MISBAHA