Serangan Terhadap Raja Alam

Raja Alam merupakan adik saudara sepupu kepada Raja Buang (Sultan Mahmud Siak) yang merampas kuasa. Raja Buang seterusnya memohon bantuan daripada Sultan Sulaiman Riau dan baginda menyerahkan kepada Daeng Kemboja, namun Daeng Kemboja enggan memberikan bantuan


KETERLIBATAN TERENGGANU

Sultan Mansur I yang berada di Riau pada ketika itu, menyedari peluang ini dan memujuk Sultan Sulaiman supaya meminta bantuan orang Belanda di Melaka dengan dijanjikan pemberian pasaran perniagaan kepada mereka. Setelah orang Belanda bersetuju dan melancarkan serangan, Raja Alam pun melarikan diri ke Siantan (Batu Bahara, Sumatera) dan Raja Buang dilantik semula menjadi Raja Siak. Namun, Raja Buang tidak menyukai orang Belanda dan baginda meminta Belanda keluar dari Siak.

Belanda mula menyerang Siak dan menyingkirkan Raja Buang. Setelah itu, Raja Alam kembali semula menyerang Siak dan Sultan Mansur I dan Sultan Sulaiman memohon bantuan dari Daeng Kemboja, namun Daeng Kemboja masih enggan memberikan bantuan. Akhirnya kedua-dua sultan melancarkan serangan terhadap Raja Alam tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Setelah lima bulan berperang, mereka masih gagal mengalahkan Raja Alam. Baginda berdua tiba di Siantan pada Syawal 1161H (1748M) dan meminta bantuan Daeng Kemboja sekali lagi.

Akhirnya Daeng Kemboja memberikan bantuan dan membantu. Pada 12 Jamadilakhir 1162H bersamaan 30 Mei 1749, Daeng Kemboja tiba dari Riau bersama 500 orang tentera dan memberikan bantuan. Raja Alam kalah dan melarikan diri ke Matan Berunai pada 11 Rabiulawal 1164H bersamaan 9 Mac 1751M. Sultan Mansur I dan Sultan Sulaiman berangkat kembali ke Riau. Sekembalinya ke Riau, baginda Sultan Mansur I melihat penguasaan Bugis semakin kuat dan baginda merancang Kempen Anti-Bugis Riau.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109