Krisis Belanda-Terengganu

Peristiwa ini berlaku ketika di akhir zaman pemerintahan Sultan Mansur I. Krisis ini hampir menjurus kepada perperangan tetapi terbatal dengan keuzuran baginda Sultan.


PENCETUS KRISIS

Kira-kira tahun 1790M, Sultan Mansur telah memperkenankan permintaan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Lingga supaya menghantar satu perutusan perdamaian dengan Belanda di Melaka. Tetapi Belanda tidak mengiktiraf baginda sebagai orang tengah dan mereka masih mempunyai rasa curiga memandangkan baginda pernah terlibat dengan Perperangan Lingga pada tahun 1757M.

Belanda menghantar surat jawapan kepada baginda Sultan Mansur I dan diceritakan isi kandungan surat berkenaan amatlah kasar sehingga dikoyak-koyak surat berkenaan oleh baginda.

Akibat kejadian berkenaan, baginda telah meminta bantuan Johor, Lingga, Siantan, Inderagiri, Suluh dan Rembau serta daripada Kapten Light di Pulau Pinang untuk menyerang belanda. Namun, perancangan berkenaan telah dibatalkan kerana keuzuran baginda.


KEKUATAN TENTERA

Kekuatan tentera yang disiapkan ketika itu adalah 400 buah perahu dan 20, 000 tentera.

 


 

Rujukan:

Sejarah Darul Iman, MISBAHA