Penjara Lama Kedai Tanjung

Penjara Lama Kedai Tanjung merupakan penjara lama yang wujud sehingga zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Penjara ini terletak di tengah-tengah Kedai Tanjung, diantara Kampung Dalam Bata dan Kampung Aur. Penjara ini pernah dicatatkan oleh Hugh Clifford semasa melawat Terengganu pada tahun 1985. KEADAAN PENJARA Menurut kajian dan catatan yang dilakukan oleh Dato’ Setia Jasa Read more about Penjara Lama Kedai Tanjung[…]

Pejabat Jam Besar

Pejabat Jam Besar adalah kompleks pejabat kerajaan Terengganu yang dibina pada tahun 1924. Pejabat ini terletak di tapak Wisma Darul Iman kini. Pejabat ini musnah dalam suatu kebakaran. Pejabat ini dibina di kawasan sekitar Paya Bunga, bersebelahan dengan Padang Paya Bunga (kini Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah). Ketika itu, kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Read more about Pejabat Jam Besar[…]

Paya Bunga

Paya Bunga merupakan kawasan paya yang menjadi asas kepada tapak perbandaran Kuala Terengganu. Kawasan ini terbentang daripada Ladang di timur, sehingga ke Kampung Tiong di barat, membentuk kawasan yang besar di Kuala Terengganu. Jalan Paya Bunga merupakan nama lama bagi Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu. Bangunan penting pentadbiran dan perdagangan di Kuala Terengganu seperti Read more about Paya Bunga[…]

Pasar Besar Tanjung

Pasar Besar Tanjung merupakan satu pasar lama yang dirobohkan pada awal 1970-an. Pasar ini dahulunya merupakan pasar yang terbesar di Kuala Terengganu. Pasar ini dirobohkan dan digantikan dengan Taman Selera Tanjung setelah Pasar Besar Kedai Payang siap dibina. Pasar ini merupakan pasar tradisi, dengan hanya satu bangunan berbumbung. Manakala peniaga lain membuka gerai sendiri dan Read more about Pasar Besar Tanjung[…]

Makam Diraja Syeikh Ibrahim (Perkuburan Syeikh Ibrahim)

Makam diraja Syeikh Ibrahim merupakan satu kompleks permakaman diraja, orang besar dan rakyat Terengganu. Kompleks permakaman ini terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Terengganu, berhadapan dengan Wisma Persekutuan. MAKAM Terdapat beberapa orang tokoh Terengganu yang dimakamkan di sini, antaranya: Syeikh Ibrahim Al-Amudi Sultan Zainal Abidin II Sultan Abdul Rahman Sultan Daud Tok Syeikh Duyong (Haji Read more about Makam Diraja Syeikh Ibrahim (Perkuburan Syeikh Ibrahim)[…]

Kedai Binjai

Kedai Binjai merupakan nama lama bagi tapak Hotel Seri Malaysia. Ia menempatkan stesen teksi Kuala Terengganu sehingga akhir 1970-an dan mempunyai beberapa deretan kedai makan. Kawasan ini juga merupakan tempat pengkalan perahu penambang ke Pulau Duyong dan Seberang Takir serta Manir. Kini, beberapa kedai makan yang masih wujud membawa nama gelaran “Kedai Binjai” sebagai tanda Read more about Kedai Binjai[…]

Kampung Tiong

Kampung Tiong terletak di belakang Kampung Cina, merupakan kampung tradisi Terengganu dengan campuran penduduknya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina Terengganu. Kampung ini juga menempatkan bangunan gudang beras yang terkenal. Kini, kampung ini dirobohkan untuk dibangunkan pusat perniagaan.

Kampung Tanjung Surau Pasir

Kampung Tanjung Surau Pasir terletak di tebing muara sungai Terengganu. Kampung ini mendapat namanya daripada surau kariah kampung ini yang dibina di atas tebing pasir yang menghadap laut. Surau ini terselamat daripada air pasang besar dan juga hakisan. Kini, kawasan berkenaan dirobohkan sebagai sebahagian daripada projek Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).